28 November 2011

WAITING '___'



Sapa nak 8A angkat dua belah kaki :))

Hee, doalah banyak-2 semoga dapat 8A dan stay kat maktab kita lagi.
Assalamualaikum :D

27 November 2011

K A M I

Ikatan persahabatan antara kami ahli kelas 3 Engineering bermula apabila kelas kami ketika di Tingkatan 1 dirombak oleh guru-2 kami yang tercinta. Kami daripada 1 Actuary, Biotechnology, Dentistry dan Engineering digabungkan menjadi satu keluarga di 2 Engineering. Satu kelas dengan orang yang tidak rapat, orang yang tak pernah kita tegur terasa seperti janggal pada mulanya. Alhamdulillah, dari hari ke hari kami menjadi sebuah keluarga yang sangat bahagia *bahagia ke ? banyak pahit manis masin tawar kita lalui bersama.

Farah Nasuha, dahulunya sering dijadikan bahan bagi Faizluai Yusni. Diejek, digelak dan lain-2 oleh kaum adam khasnya tetapi tetap cekal dan kuat untuk melawan mereka semula. Mereka lah sinar-2 bahagia di kelas itu. Tanpanya, kelas pastinya sunyi tanpa tawa kan ?

Syahmi Rahmat, dilantik sebagai ketua kelas kerana mendapat undian terbanyak daripada ahli kelas. Diberi amanah untuk menjaga kelas supaya terurus dan sebagainya. Digandingkan pula dengan Syafiqah Hanim yang gamble sifatnya. Adakalanya boleh dibawa bergurau dan adakalanya tidak. Syahmi kurang membawa peranannya sebagai ketua kelas tetapi lebih sebagai pak pandir kelas. Sering menjadi tanda tanya apabila setiap kali dia berkata pasti menarik perhatian ramai. Sedangkan dia hanya bebual kosong. Mengapa ye ?


Sekian sahaja dari saya.
Malas nak taip panjang.
Nanti-2 jea k ?
Assalamualaikum

15 November 2011

SELOKA 3 ENG


    
Assalamualaikum pembuka bicara
Tanda hormat kepada semua
3 Engineering kelas yang ceria
Pelbagai kerenah,telatah juga

Lagaknya bersahaja suka bercerita
Memimpin kelas menjadi huru-hara
Ahmad Syahmi adalah orangnya
Ceria gembira tiada hiba

Syafiqah Hanim banyak celoteh
Dipilih menjadi vice-president
Mulut bercakap tiada letih
Selalu bergaduh dengan si president

Tinggi lampai wahai Cik Iman
Tersenyum manis suka ketawa
Sangat peramah ramai kawan
Bersama Nana sehati sejiwa

Syuhada Md Nor bijak orangnya
Selalu berdamping dengan si Aisya
Mereka berdua sukakan korea
SNSD menjadi pilihannya

Harith Rosdi segak bergaya
Markah pereksa mesti nak gempak
Dota dan Garena menjadi pilihannya
Bersama geng dia melepak

Menggodam computer mahir sekali
Semua jenis game sudah diterokai
Gelaran ‘Pak Arab’ dari Arab Saudi
Najmi Adha empunya diri

Gagah perkasa 2 jejaka
Aqil dan Najib ahli ragbi
Siapa mahu cuba lawan mereka
Gerenti masuk hospital lah nanti

Kecil molek wahai si gadis
Wan Hazwani nama diberi
Bila tersenyum sangatlah manis
Bila ketawa muka berseri

Tokoh Koko itulah dia
Tokoh Pelajar juga dia
Faris Zainudin hensem mukanya
Suka mencaper memang hobinya

Pandang atas nampak ceiling
Atok dan Katek pernah ke sana
Muhaimeen Jamaludin lagilah pening
Badan kecil tapi nak naik juga

Abu Hurairah sudah ke Makkah
Menunaikan umrah bersama keluarga
Berdebat dengganya sangatlah payah
Habis hadith diguna olehnya

Athirah Rosli gadis yang ayu
Digelar Ultraman di dalam kelas
Bila berlari nombor satu
Suka tidur di dalam kelas

Farah dan Remy selalu bergaduh
Aishah datang bertambah tegang
Membuatkan kelas menjadi riuh
Umaira bak belajar jadi tak tenang

Huzaifa Joffri yang paling tua
Tuan Liana yang paling muda
Suka berkawan tak kira siapa
Ketika belajar tak pernah leka

Hanis Zuzuki dari Kedah
Datang ke Melaka tinggalkan keluarga
Harungi hidup susah dan payah
Walau lama tak jumpa keluarga

Kuat melatah Azmah orangnya
Ojey dan Che Man suka menyakat
Fariz Abdullah lagilah pula
Ganggu orang kuat berpakat

Seni taekwando pertahanan diri
Ditambah pula dengan kelas tahfiz
Bila belajar tidak sendiri
Matang orangnya itulah Hafiz

Attelia Jasmine tidak dilupakan
Walaupun sudah berpindah sekolah
Terputus hubungan harap jangan
Mohon maaf segala salah

Acap dan Hamka dari Darul Falah
Singgah sebentar di kelas kami
Walaupun janggal tapi control jugaklah
Kenangan bersama amat dihargai

Perang dunia pernah meletus
Nasiblah ustazah Idayu menjadi penasihat
Lelaki perempuan sama-sama keras
Terima seadanya baik jahat

Pelbagai ragam juga telatah
Gossip sana sini tak pernah lekang
3 Eng pantang menyerah
Siapa lawan kene tending

Ketika bertanding pasti sepakat
Pelbagai acara sudah dijuarai
Jangan lupa kepada sahabat
Pabila sudah berpisah nanti

Salah dan silap harap dimaafi
0-0  kira seri
Harap dapat berjumpa lagi
Doa-doakan bertemu kembali

Misi kami memburu 8A
Pelbagai cara sudah dilakukan
Tinggal pasrah kepadaNya
Agar result beroleh kejayaan

Sudah penat tanganku ini
Mahu mengundur rehatkan diri
Dengan uacapan sekian wabillahi
3 Eng tersemat di hati

13 November 2011

KeNaPa TidaK SOlaT?!??!!!

Situasi 1
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya tak cukup masa la. Keje saya banyak. Saya memang busy memanjang.
Pengajaran: Masa itu adalah pinjaman dari Allah S.W.T, bila-bila pun Dia boleh ambil semula waktu yang dipinjamkan, maka beringatlah, walau sibuk sekalipun, luangkanlah masa sekurang-kurangya lima minit, lima kali sehari untuk bersolat.

Situasi 2
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya rasa diri saya dah terlalu banyak buat dosa. Kalau saya solat, mahukah Allah terima ibadat saya tu?
Pengajaran: Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Jika kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah S.W.T nescaya ibadat kita akan diterima Allah S.W.T. Insya-Allah.

Situasi 3
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya tak tau cara-cara nak solat. Mak ayah saya tak pernah ajar sebab mereka pun tak solat.
Pengajaran: Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan.

Situasi 4
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Suka hati sayalah. Kubur masing-masing. Tolong jangan jaga hal saya.
Pengajaran: Terimalah teguran positif dengan hati yang terbuka, supaya diri kita sentiasa berubah menjadi lebih baik.

Situasi 5
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya penatlah. Saya btul-btul tak larat. Boleh tak saya solat esok je?
Pengajaran: Sepenat-penat kita, janganlah kita tinggalkan solat kerana setiap perbuatan kita dicatat oleh Malaikat di bahu kiri dan kanan kita.(Malaikat Raqib & Atid)

Situasi 6
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Sebab saya memang dah biasa macam ni. Rileklah. Alim sangatlah awak ni. Tak rugged lansung!
Pengajaran: Jangan lupa, bumi yang dipijak ini milik Allah S.W.T. Bila-bila masa dia boleh 'gulung' bumi ini.

Situasi 7
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Alah nantilah aku solat. Aku muda lagi. Nanti tua aku taubatlah.
Pengajaran: Kita tidak tahu ajal kita bila. Boleh jadi hari ni, esok, lusa? Sekiranya gugur sahaja daun kita dari pokok yang terletak di Arash Allah S.W.T, maka bersedialah Izrail untuk memanggil kita pulang.


  Persoalannya, BERSEDIAkah kita ketika itu?
Pernah jumpa tidak situasi di atas?
Pernah atau tidak pernah, itulah jawapan-jawapan lazim yang biasa kita dengar dari masyarakat Islam. Islam mungkin hanya pada nama, ataupun mgkin saja hanya pada ic, ataupun hanya pada pegangan.
Berpegang pada kefahaman Islam, tetapi tidak solat. Mungkin mereka terlupa bahawa, solat itu adalah tiang agama. Jangan kita kita lupa berterima kasih kepada Pencipta yang dtgkan kita ke dunia ni.
  • Terlalu sibuk dengan aktiviti harian hingga terlupa adanya Allah S.W.T.
  • Terlalu penat bekerja cari rezeki hingga terlupa, rezeki itu pemberian Allah S.W.T.
  • Asyik berfikir tentang dosa yang sudah dibuat, hingga terlupa mahu fikir, apa amal yang belum buat. Asyik risau tentang ibadat yang bakal dibuat, takut tidak diterima, sedangkan ibadat tersebut, belum cuba dibuat.
  • Sibuk mahu menuding jari tentang keburukan orang, hingga lupa yang diri sendiri pun sudah cukup baligh untuk berfikir mana yang baik ataupun yang buruk.
  • Terlalu marah fikirkan orang cuba masuk cmpur hal peribadi, hingga lupa, soalan itu merupakan teguran supaya tidak tergelincir dari landasan yang asas.
  • Asyik fikirkan diri yang penat, hingga lupa hendak terima kasih pada Allah S.W.T.
  • Terlalu sibuk mahu ruggedkan diri, smpai lupa bumi 'rugged' yang dipijak tu bumi Allah S.W.T.
  • Terlalu asyik fikirkan yang hidup muda ini untuk enjoy, yakin hidup sampai ke tua?
Islam bukan hanya suatu pegangan mahupun kefahaman, malah Islam adalah suatu cara hidup yang tidak akan lapuk biarpun Islam wujud sejak zaman dahulu. Islam tidak akan berubah mengikut peredaran zaman ataupun teknologi.
Se'rugged' mana pun kita, janganlah kita lupa, kita ini datang daripada Allah S.W.T dan kepada Allah S.W.T juga kita akan kembali. Ke mana perginya roh-roh kita setelah kita meninggal dunia?
Tempat tinggal roh.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat":

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari Kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya":

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Kelompok manakah kita?

Bersediakah kita menghadapi kematian?

Menghadapi hari pengadilan?

Semoga kita sentiasa ditunjukkan jalan yang benar dan dijaukan dari segala kemungkaran. Insya-Allah.

12 November 2011

HaNyA SEorAnG AyaHHH....

"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!" Masam mencuka wajah Thariq di depan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.
"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni." Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.
"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah." Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.
"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!" Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.
Segera dia beristighfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin mengundang kemarahannya buat si anak.
Bagi Thariq, dia sengaja berkata begitu kepada ayahnya untuk melepaskan kemarahan kerana semalam adalah hari jadinya. Namun, tiada hadiah yang diberikan ayah kepadanya. Bahkan ucapan selamat hari lahirpun tiada. Terkadang terasa bahawa ayahnya tidak langsung menyayanginya.
Setelah sampai di hadapan sekolah, segera Thariq keluar dari pintu kereta tanpa menyalami tangan Arman seperti biasa. Merajuk barangkali. Sekadar menggelengkan kepala, Arman ingin segera beredar.
"Thariq!" Satu suara yang dikenalinya sayup-sayup kedengaran. Faruqi melambai-lambai dari jauh. Tersengih-sengih Faruqi menunjukkan giginya yang sedikit jarang.
"Eh Thariq. Jap lagi aku nak tengok kau punya praktikal Sains minggu lepas. Hehe.. Nak check betul atau tak aku punya ni."
"Sains? Eh, hari ni mana ada subjek Sains." Berkerut-kerut dahi Thariq dengan pertanyaan Faruqi. Hatinya mula berdebar kerana dia amat yakin yang buku itu ditinggalkan di rumah.
"Memanglah Sains takde. Tapi Cikgu Latifah kan suruh hantar buku tu hari ni. Jangan pulak kau kata tak bawak. Habislah kau." Kata Faruqi sekadar mengusik.
"Hah? Serius ke? Alamak! Aku memang tak bawak la. Macam mana ni? Aduh, mesti kena marah lagi." Thariq sudah menarik-narik tali lehernya. Terasa seakan tersesak nafasnya dek terlalu risau.
"Kau pergilah telefon ayah kau suruh pergi ambik jap. Bukannya jauh pun office ayah kau dengan rumah."
"Aku baru je lepas marah ayah. Nak ke ayah pergi ambik buku aku? Takpe lah. Cuba je dulu." Thariq berkira-kira dalam hati.
Terus dia menuju ke telefon awam yang berada di tepi pondok pengawal.
.....
Arman sudah sampai di parking lot pejabatnya. Dilihat jam di tangan sudah 7.50 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
"Ayah! Thariq ni." Kedengaran suara anak kecilnya di talian. "Oh, Thariq. Kenapa nak?"
"Em.." Thariq sedikit teragak-agak.
"Ayah, Thariq tertinggal buku praktikal kat rumah. Kena hantar hari ni. Kalau tak cikgu marah. Ayah tolong hantarkan, boleh tak? Buku tu ada kat atas meja dalam bilik."
"Oh." Arman kembali melihat jam di tangan.
"Ok, jap lagi ayah hantarkan." Arman sudah serba salah.
Pagi ini dia perlu menemani ketuanya untuk bermesyuarat dengan syarikat penaja pengiklanan untuk produk terbaru keluaran syarikatnya yang bermula pukul 8.15 pagi. Tetapi yang pastinya dia tidak mahu anak kesayangannya itu dimarahi guru. Biarlah dia yang berkorban sedikit buat anak tunggalnya itu.
Seperti yang dijangka, Arman dimarahi ketuanya kerana terlambat ke pejabat semula setelah menghantar buku Thariq. Dia tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kerana sudah seringkali anaknya menjadi sebab atas kelewatannya ke tempat kerja. Bagi Arman, kesalahan itu memang terletak di atas bahunya sendiri kerana tidak pandai dalam mengurus masa dan kehidupannya dengan baik.
"Siti, kalaulah awak masih di sisi abang." Tiba-tiba hatinya terasa sayu mengenangkan arwah isterinya.
Isterinya yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelamatkan Thariq yang mandi di laut lima tahun yang lalu. Kejadian yang benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.
Arman masih teringat bila mana dia yang ketika itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada mertuanya. Satu panggilan yang benar-benar meluruhkan jantungnya. Kehilangan seorang isteri tersayang.
"Sebab kaulah isteri aku mati!" terbayang di ingatannya saat dia memarahi Thariq kerana tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya. Anak kecil yang baru berusia lima tahun yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku hanya meraung-raung di sisi neneknya kerana dimarahi ayah.
Setelah peristiwa itu, setahun Thariq ditinggalkan di bawah penjagaan mertuanya. Arman yang pergi membawa diri. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima berita bahawa anaknya demam panas.
Walaupun hatinya masih sakit, namun naluri kebapaannya masih kuat. Di saat dia menatap wajah sugul anaknya yang mirip dengan arwah isterinya, ego lelakinya runtuh. Dipeluknya Thariq sekuat hati.
"Maafkan ayah, nak. Ayah tak patut salahkan Thariq. Bukan salah Thariq." Teresak-esak Arman melutut di sisi anaknya. Menyesali akan perbuatannya, Arman sudah berjanji untuk menjaga Thariq sebaik mungkin dan melunaskan janjinya buat arwah isterinya.
Janji yang dibuat saat Thariq dilahirkan ke dunia. Janji untuk mendidik anak itu sebaik mungkin supaya menjadi buah amal di Akhirat kelak.
Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan peluang kepadanya untuk berusaha menjadi seorang ayah kepada Thariq. Walaupun terkadang kerenah anaknya itu benar-benar mencabar kesabarannya, namun Arman seringkali terkenangkan perbuatannya yang meninggalkan Thariq selama setahun dan hanya menjenguknya beberapa kali.
"Mungkin ini adalah ujian yang Allah S.W.T berikan kepada aku atas sebab perbuatan aku dulu. Dan semuanya sebab Allah S.W.T sayang aku. Allah S.W.T nak peringatkan tentang kesilapan aku," kata-kata yang seringkali ditekankan Arman sebagai sebuah peringatan buat dirinya sendiri.
.....
Selesai Pendidikan Jasmani pada waktu pagi, Thariq masuk ke kelas untuk menukar baju. Hanya beberapa orang rakannya berada dalam kelas sedangkan yang lain masih berlegar-legar di kantin untuk mengisi tekak yang kehausan. Apabila dibuka beg sekolahnya, matanya terpandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut kemas berada di dalam beg.
Dalam kehairanan, dia membuka bungkusan tersebut. Dia tersenyum riang melihat seutas jam tangan yang diidam-idamnya selama ini berada di dalam kotak itu dan sekeping kad terselit di dalamnya. Thariq membuka kad tersebut.
Buat buah hati ayah yang tersayang,
Selamat hari lahir yang ke-10. Ayah minta maaf sebab terlambat bagi hadiah ni pada Thariq. Ayah memang teringin untuk sambut birthday Thariq semalam tapi ayah dah tertidur.
Thariq,
Ayah betul-betul nak minta maaf sebab tak mampu menjadi ayah yang terbaik buat Thariq. Ayah tak mampu nak masak makanan kegemaran Thariq sedap-sedap, ayah tak mampu nak siapkan baju sekolah untuk Thariq pagi-pagi, ayah tak mampu nak luangkan masa untuk bermain dengan Thariq setiap hari, ayah tak mampu nak tolong Thariq siapkan kerja rumah, ayah tak mampu nak belikan semua barang mainan yang Thariq minta. Banyak perkara yang tak mampu ayah buatkan untuk Thariq.
Mungkin sebab ayah hanyalah seorang ayah. Ayah tak mampu menjadi sesempurna seorang ibu yang mampu memberikan kelembutan kasih sayang yang lebih baik buat Thariq. Tapi ayah harapkan dalam kekurangan ini, ayah mampu membuatkan Thariq bahagia seadanya. Dan ayah nak Thariq tahu yang ayah benar-benar sayangkan Thariq. Setiap masa.
Ikhlas,
Ayah.
Basah pipi si anak kecil. "Ayah, maafkan Thariq." Ada sedikit kekesalan di hati Thariq atas sikapnya pagi tadi. Jauh di sudut hati, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah hari ini. Ingin menemui ayah yang tersayang.
.....
Kring!!! Loceng sekolah berbunyi.Tidak seperti biasa, Thariqlah orang pertama yang keluar dari kelasnya menuju ke pintu pagar.
Di bibirnya tersenyum riang apabila terbayang ayahnya menunggu di dalam kereta dan sebuah pelukan erat ingin diberikan buat ayahnya. Bukan atas penghargaan hadiah yang diberikan ayahnya semata-mata, tetapi kerana pada saat ini, Thariq benar-benar ingin ucapkan sebuah kata-kata yang tidak pernah diucapkannya buat ayah selama ini.
Kata-kata yang disimpan dek kerana hatinya yang dipenuhi pelbagai prasangka buruk terhadap kasih sayang ayah kepadanya. Mungkin kerana tamparan kisah silam yang masih tersimpan kemas dalam ingatannya.
Sampai di depan pintu pagar, masih belum nampak kelibat ayahnya. Hatinya tiba-tiba terasa kurang enak. Ditepisnya pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.
Ayah Faruqi sudah sampai dengan wajah yang agak cemas. Dia kelihatan sedang menjelaskan sesuatu kepada Faruqi, perasaan ingin tahu Thariq membuak-buak dalam hati.
"Thariq, kereta ayah kau Myvi hitam, kan?" tanya Faruqi.
Muka Thariq berubah.
"A'ah. Kenapa?" Thariq bertanya dengan perasaan berdebar-debar.
"Em.. ada kereta Myvi hitam accident kat depan simpang sana. Ayah aku nak patah balik pergi tengok. Kau nak ikut?"
Thariq seperti kehilangan nafas seketika. Jantungnya berdegup kencang. Tidak mampu bersuara, dia sekadar mengangguk.
Di simpang tiga itu kelihatan orang ramai sudah berkerumun. Sebuah ambulan sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan polis trafik sedang mengawal lalu lintas yang mulai sesak.
Air mata Thariq kelihatan sudah mula menitik. Langkahnya kaku melihat kereta Myvi yang remuk itu.
"Ayah... Ayah!!" Thariq berlari menuju ke arah sebujur tubuh yang sudah ditutupi kain putih.
"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Ayah! Jangan tinggalkan Thariq sorang diri. Mak dah takde. Takkan ayah pun nak tinggalkan Thariq jugak. Ayah!" Thariq meraung sambil tangannya memeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Terasa gelap seketika dunianya.
"Thariq?" terasa bahunya disentuh lembut. Dengan pandangan mata yang kabur disebabkan air mata yang berlinangan, Thariq memandang ke belakang. Yang kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya memandangnya dengan pandangan kehairanan.
"Ayah!" dipeluk erat tubuh ayahnya. Arman hanya tercengang kurang mengerti. Melihat sekeliling dan matanya terpandang sebuah Myvi hitam yang remuk teruk tersadai di tepi jalan. Barulah dia mengerti apa yang sebenarnya terjadi.
"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Thariq mintak maaf sebab kasar dengan ayah pagi tadi. Jangan tinggalkan Thariq lagi, ayah," Teresak-esak Thariq memeluk ayahnya. Dalam hati, sejuta kesyukuran bertandang apabila menyedari ayahnya masih di sisi. Arman tersenyum memandang anaknya.
Perasaan gelisah bila melihat anaknya tiada di depan pintu pagar sekolah benar-benar terubat kini. Jika tidak kerana pengawal sekolah yang memberitahunya bahawa Thariq telah pulang bersama Faruqi, mungkin dia telah hilang arah untuk mencari anaknya yang tiada di sekolah.
.....
Jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Arman bersiap-siap untuk tidur. Pakaiannya dan Thariq sudah siap digosok. Bimbang jika esok terlewat bangun lagi. Di fikirannya sedang berkira-kira sarapan apa yang ingin disiapkan buat anaknya.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.
"Ayah, boleh Thariq tidur dengan ayah?" Ujar Thariq teragak-agak sambil tangannya memegang bantal busuk Doraemonnya.
Arman tersenyum. Hatinya terasa bersyukur dengan perubahan sikap Thariq yang tiba-tiba.
Adakah kejadian hari ini benar-benar terkesan di hati anaknya?
Thariq naik ke katil lantas meletakkan kepalanya di bantal sebelah ayahnya.
"Selamat malam Thariq. Jangan lupa baca doa tidur," Arman tersenyum sambil menutup lampu.
"Selamat malam ayah. Thariq sayang ayah." Arman terkedu dalam kegelapan. Kata-kata yang dinanti-nantikan selama ini. Kata-kata yang benar-benar dirindui untuk didengari oleh Arman.
Setitis air mata mengalir ke pipinya.
"InsyaAllah, esok Tuhan pasti menjanjikan hari yang lebih baik buat kita berdua." Bisik Arman dalam hatinya.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik." (Al-Isra':23)
Nota: Hargailah kedua ibubapa yang masih berada di sisi. Kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal menanti pada esok hari.

8 November 2011

Comel nyerrr.... Jom Tengok... ^_^

pokcik_kampung: Cinta Sunyi..

pokcik_kampung: Cinta Sunyi..: KAU CINTAKAN DIA..?? KAU SAYANGKAN DIA..?? KAU KASIHKAN DIA..?? SEMPURNA KEPERLUAN KAU..?? BELUM..?? CUKUPLAH SEKADAR KAU MENCINTAI DIA D...

4 November 2011

KeNaNgan Yang TERiNdaH....

Bila yang tertulis untukku adalah yg terbaik untukmu,
kan ku jadikan kau kenangan yg terindah dlm hidupku..
Namun tak kan mudah bagiku meningalkan jejak hidupmu yg tlah terukir abadi..
sebagai kenangan yg terindahh...


p/s: akan ku abadikan kenagn kita bersama ktika menempuh paht mns khdpn dlm kls 3 engineering...
      harap, kngn kite bersama terus terpahat di ingatan kalian...

KENAPA KAU TIDAK MELAKUKAN SEMUANYA KERANA ALLAH..!!


Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

"Sesiapa bersolah kerana hendak memperlihatkan kepada orang maka dia menjadi seorang yg menyekutukan Allah s.w.t, sesiapa yang berpuasa kerana hendak memperlihatkn kepada orang, dia juga menyekutukan Allah s.w.t dan sesiapa yg bersedekah kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada org, dia juga menyekutukan Allah s.w.t."

Sebuah lagi hadis dari Rasulullah s.a.w yang lebih menakutkan berbunyi: 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, diceritakan : Orang-orang berkelompok-kelompok dari Natil penduduk Syam berkata padanya : "Wahai Tuan, ceritakanlah kepadaku sebuah haditH yang engkau dengar dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam !". 


Ia berkata : "Ya, saya mendengar RasulullahShalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Sesungguhnya orang yang paling pertama diadili pada hari qiyamat adalah seseorang yang mati syahid, ia didatangkan dan ditanyakan ni'mat­-ni'matnya, lalu ia mengakuinya.  

Dia berfirman : "Apakah yang kamu amalkan di dunia ? ". Ia menjawab : "Saya berperang sampai mati syahid".  

Dia berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu berperang agar dikatakan sebagai pemberani dan itu telah dikatakan".  

Kemudian ia diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sehingga ia dilemparkan kedalam neraka.  

Seorang yang memperlajari Ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Qur'an di­datangkan. Nikmat-nikmatnya, ditanyakan dan ia mengakuinya. 

Dia berfirman : "Apakah yang kamu kerjakan di dunia ?".  Ia menjawab : "Saya mempelajari Ilmu, mengajarkannya, dan saya membaca Qur'an karena-Mu". 

Dia berfirman : "Kamu berdusta, karena kamu mempelajari Ilmu agar dikatakan pandai dan kamu membaca Al Qur'an agar dikatakan sebagai qari', dan itu semua telah diucapkan" 

Kemudian diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sampai dicampakkan kedalam neraka 

Dan seorang yang diberi kelapangan oleh Allah dan diberi berbagai macam seluruh harta didatangkan dan ditanyakan ni'mat-ni'matnya lalu ia mengakuinya.  

Dia berfirman : "Apakah yang kamu kerjakan di dunia ?" Ia menjawab : "Saya tidak meninggalkan jalan yang mana engkau senang untuk di infakkannya (harta) melainkan saya menginfakkannya karena-Mu".  

Dia berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu kerjakan agar dikatakan sebagai dermawan, dan itu telah dikatakan" 

Ia diperintahkan, lalu ditarik wajahnya kemudian dilemparkan kedalam neraka".  

(HaditH ditakhrij oleh Muslim)

ReNuNg2 KaN & SElamT BeraMAL.. ^_^

p/s: ikhlaskan lah diri dalam melakukan semua perkara semata2 kerana ALLAH...