KENAPA KAU TIDAK MELAKUKAN SEMUANYA KERANA ALLAH..!!
Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
"Sesiapa bersolah kerana hendak memperlihatkan kepada orang maka dia menjadi seorang yg menyekutukan Allah s.w.t, sesiapa yang berpuasa kerana hendak memperlihatkn kepada orang, dia juga menyekutukan Allah s.w.t dan sesiapa yg bersedekah kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada org, dia juga menyekutukan Allah s.w.t."
Sebuah lagi hadis dari Rasulullah s.a.w yang lebih menakutkan berbunyi:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, diceritakan : Orang-orang berkelompok-kelompok dari Natil penduduk Syam berkata padanya : "Wahai Tuan, ceritakanlah kepadaku sebuah haditH yang engkau dengar dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam !".
Dia berfirman : "Apakah yang kamu amalkan di dunia ? ". Ia menjawab : "Saya berperang sampai mati syahid".
Dia berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu berperang agar dikatakan sebagai pemberani dan itu telah dikatakan".
Kemudian ia diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sehingga ia dilemparkan kedalam neraka.
Seorang yang memperlajari Ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Qur'an didatangkan. Nikmat-nikmatnya, ditanyakan dan ia mengakuinya.
Dia berfirman : "Apakah yang kamu kerjakan di dunia ?". Ia menjawab : "Saya mempelajari Ilmu, mengajarkannya, dan saya membaca Qur'an karena-Mu".
Dia berfirman : "Kamu berdusta, karena kamu mempelajari Ilmu agar dikatakan pandai dan kamu membaca Al Qur'an agar dikatakan sebagai qari', dan itu semua telah diucapkan".
Kemudian diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sampai dicampakkan kedalam neraka.
Dan seorang yang diberi kelapangan oleh Allah dan diberi berbagai macam seluruh harta didatangkan dan ditanyakan ni'mat-ni'matnya lalu ia mengakuinya.
Dia berfirman : "Apakah yang kamu kerjakan di dunia ?". Ia menjawab : "Saya tidak meninggalkan jalan yang mana engkau senang untuk di infakkannya (harta) melainkan saya menginfakkannya karena-Mu".
Dia berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu kerjakan agar dikatakan sebagai dermawan, dan itu telah dikatakan".
Ia diperintahkan, lalu ditarik wajahnya kemudian dilemparkan kedalam neraka".
ReNuNg2 KaN & SElamT BeraMAL.. ^_^
p/s: ikhlaskan lah diri dalam melakukan semua perkara semata2 kerana ALLAH...
<< Home